Big Idea, Small Action, Amazing Result. Big Idea Books store - Buku Motivasi Online Store
“Pekerja yang sedang mencari pekerjaan yang memuaskan mesti bermula dengan mengenali ikigai mereka.” – Business Insider
“Kesan pandemik telah menyebabkan ramai orang untuk menilai semula pekerjaan, kerjaya dan mencari tujuan kehidupan mereka. Gunakan masa ini dengan bijak untuk menemui ikigai peribadi anda dan jalani kehidupan yang terbaik.” - Forbes
Cari ikigai anda (disebut ee-key-guy) agar ia dapat memberikan makna dan keceriaan dalam kehidupan anda.
“Apabila kekal aktif, kita akan bersemangat untuk hidup selama seratus tahun.” – Pepatah Jepun
Menurut kepercayaan orang Jepun, setiap manusia mempunyai ikigai mereka sendiri - alasan untuk hidup. Dan menurut penduduk yang paling lama hidup di dunia dan tinggal di perkampungan Jepun, mereka mendapati bahawa ikigai ialah kunci kepada kehidupan yang lebih bahagia dan lebih lama.
Melalui buku Ikigai ini, penulis Héctor García dan Francesc Miralles telah menemu bual penduduk sentenarian di sebuah perkampungan Jepun dengan peratusan tertinggi penduduk yang berusia lebih setahun tahun – antaranya daripada Zon Biru dunia. Ikigai telah mendedahkan rahsia panjang umur dan kebahagiaan mereka – cara mereka makan, bergerak, bekerja, kerjasama antara komuniti, dan salah satu rahsia terbaik mereka – cara mereka mencari ikigai yang memberikan kepuasan dalam hidup mereka.
Buku ini menyediakan alat praktikal untuk membantu anda menemui ikigai anda sendiri. Kerana siapa sahaja yang tidak mahu mencari kebahagiaan sendiri setiap hari?
Coach Kaz
Founder Big Idea Books
Sebarang pertanyaan tentang tempahan dan buku-buku yang terdapat di dalam online store ini boleh hubungi saya, Khairul Aza.